8 Cara Untuk Menjaga Tulang & Sendi Anda
Berhati-hati dengan Tulang dan Sendi Anda
Tulang dan sendi kita menanggung berat badan kita dan membantu kita untuk bergerak. Tanpa mereka, kita akan rebah menjadi selonggok daging dan organ sahaja. Sesungguhnya, degenerasi tulang dan sendi tidak dapat dielak apabila usia kita semakin meningkat, namun sekiranya kita mula menjaga mereka dengan baik dari sekarang, mereka dapat terus berkhidmat untuk kita sehingga usia tua kita. Berikut merupakan 8 cara mudah bagaimana untuk menyayangi tulang dan sendi kita.
Memantau berat badan anda
Setiap paun ekstra pada badan anda akan memberikan 4 kali tekanan terhadap lutut anda. Kajian telah menunjukkan bahawa dengan mengurangkan 11 paun berat badan sahaja mungkin dapat memperbaik kesihatan sendi anda serta mengurangkan risiko osteoartritis lutut sehingga 50%.
Menggerakkan badan anda
Perlindungan terbaik untuk sendi adalah dengan memiliki otot yang kuat untuk mengelilingi mereka. Ini akan mencegah mereka daripada saling menggesel antara satu sama lain dan menghauskan rawan. Senaman, khususnya senaman menahan beratan, membantu untuk membina otot, juga merupakan kekunci untuk mencegah osteoporosis kerana tisu tulang baharu ditambah pada bahagian tulang yang tertekan semasa senaman.
‘Melapikkan’ sendi anda
Apabila usia semakin meningkat, bendalir di dalam sendi kita akan berkurangan dan rawan akan mula bergesel antara satu sama lain serta kehausan. Walaupun kebanyakan suplemen sendi hanya mampu untuk mengurangkan keradangan sendi dan melegakan kesakitan, sesetengah suplemen terkini dengan Kolagen II dapat membantu untuk membina semula kolagen di dalam rawan kita.
Mengambil kalsium
Kalsium adalah penting untuk tulang yang kuat dan mencegah osteoporosis. Malangnya, rakyat Malaysia berkedudukan bawah dalam carta pengambilan kalsium harian dunia2
, dengan pengambilan sebanyak 30% sahaja daripada 1000mg3 seperti yang dicadangkan oleh WHO. Pengambilan suplemen merupakan cara terbaik untuk memastikan badan anda mempunyai jumlah kalsium yang memadai.
Suplemen yang
mengandungi kalsium terion adalah jauh lebih berkesan daripada jenis yang tidak terion kerana ia dapat diserap secara langsung oleh badan, dengan kadar penyerapan yang 2-3 kali lebih tinggi.
Buang kasut bertumit tinggi
Pakar berpendapat bahawa sepasang kasut bertumit 3 inci akan memberikan tekanan kepada kaki anda 7 kali lebih banyak berbanding dengan kasut bertumit 1 inci. Tumit tinggi juga menambah tekanan pada lutut anda dan mungkin akan meningkatkan risiko osteoporosis anda.
Jangan menghentak lantai
Penyelidikan menunjukkan bahawa senaman menghentak seperti aerobik langkah, berlari dan tomoi boleh memberikan tekanan kepada sendi. Sebaliknya pilihlah aktiviti berimpak rendah seperti berjalan pantas dan berenang.
Kick the ciggies
Merokok meningkatkan risiko retakan tulang kerana ia mengurangkan jisim tulang, yang akan mengakibatkan osteoporosis. Jadi, buangkan tabiat buruk tersebut.
Mengehadkan ‘perompak’ dan ‘penghisap’
Makanan masin boleh menyekat penyerapan kalsium. Alkohol pula mungkin mengurangkan pembentukan tulang dan mengurangkan kebolehan badan untuk menyerap kalsium manakala kafeina berlebihan diketahui umum akan ‘menghisap’ kalsium daripada tulang kita.
Calmax
Mengandungi kalsium terion, Calmax memiliki kadar penyerapan unggul setinggi 97.4% dan nisbah sempurna kalsium dan magnesium 2:1.
Dihasilkan daripada cangkerang tiram premium, Calmax adalah bebas daripada toksin dan logam berat serta sesuai untuk mereka yang menderita masalah tak tolerans laktosa.
Celjoy Go
Celjoy Go menggabungkan 2 ramuan berkuasa, ekstrak Rosehip dan BioCell Collagen II, untuk mengurangkan degenerasi sendi dengan membantu untuk:
- Mengurangkan keradangan dan melegakan kesakitan
- Menyekat enzim yang merosakkan asid hialuronik
- Membentuk semula Kolagen II baharu dan asid hialuronik
- Mengisi semula rawan yang kehilangan
Suplemen yang mengandugi 2 ramuan berpaten yang membantu mengekallan kesihatan secara menyeluruh dan meningkatkan kecergasan badan.
- Kolagen Jenis II Berpaten Amerika Syarikat
- Curcumin Berpaten Amerika Syarikat