899

Apa Yang Anda Boleh Lakukan untuk Menjaga Kesihatan Jantung Anda

Apa Yang Anda Boleh Lakukan untuk Menjaga Kesihatan Jantung Anda

Oleh Prof Dr. Asim K. Duttaroy

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, penyakit kardiovaskular adalah punca utama kematian di seluruh dunia. Penyakit arteri koronari (CAD), penyebab kebanyakan serangan jantung berlaku apabila arteri yang membekalkan darah ke otot jantung menjadi keras dan sempit oleh plak lemak yang terbentuk daripada kolesterol.
Dr. Asim Kanti Duttaroy
Potret yang diperoleh dari Wikipedia
Namun Dr Asim menegaskan bahawa walaupun kolesterol darah tinggi adalah gejala CAD, ia bukanlah petunjuk terbaik risiko penyakit jantung kerana 80% orang yang mengalami CAD mempunyai nilai kolesterol darah yang sama seperti mereka yang tidak mengalaminya. Sehingga hari ini, masih terdapat 50% penyebab penyakit jantung yang tidak diketahui
Aliran darah adalah faktor yang paling penting dalam penyakit kardiovaskular. Proses pembaharuan tubuh setiap hari memerlukan aliran darah yang lancar untuk mengangkut oksigen dan nutrien ke bahagian tubuh yang lain
Dr. Asim

Peranan Platelet dalam Penyakit

Platelet adalah unsur berbentuk cakera yang beredar melalui aliran darah kita. Fungsi utama platelet adalah menjaga keutuhan dinding salur darah dan membentuk darah beku untuk menghentikan pendarahan. Menurut Dr Asim, aliran darah yang lancar hanya boleh dicapai apabila sistem arteri bersih dan bebas daripada plak dan kurang atau tiada radang pada saluran darah. Sekiranya arteri rosak, platelet akan menjadi hiperaktif yang menyebabkan pembentukan plak aterosklerotik pada dinding arteri.
Antara keadaan yang membawa kepada platelet hiperaktif termasuk:

Diabetes melitus (kencing manis)

Tekanan oksidatif, keradangan dan hyperlipidaemia

Rintangan insulin

Dadah, kontraseptif

Obesiti

Kanser

Penuaan

Hipertensi

Diet yang buruk

Platelet hiperaktiviti membawa kepada aterosklerosis, yang boleh mengakibatkan penyakit kardiovaskular termasuk penyakit jantung koronari, angina, infarksi myocardia, penyakit serebrovaskular dan strok iskemik.

Keajaiban Ekstrak Tomato Akueus

Pelbagai kajian epidemiologi mencadangkan bahawa pemakanan yang kaya dengan makanan tumbuhan dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Dr Asim telah menguji teori ini ke atas beberapa jenis buah-buahan dan sayur-sayuran dan mendapati bahawa Ekstrak Tomato Akueus (T.A.E.) dari tomato dapat menghalang pengagregatan platelet sebanyak 70-80%.

T.A.E yang merupakan sebatian larut air yang diekstrak daripada cecair kuning yang mengelilingi biji tomato mampu menghalang pengagregatan trombin sebanyak 67% yang memberikan ‘kesan payung’ dengan melindunginya daripada penyekatan agen pengagregatan lain.

Dr Asim berkata, “T.A.E adalah produk pertama dan satu-satunya yang diluluskan oleh Agensi Standard Makanan Eropah dan terbukti secara saintifik untuk digunakan sebagai penyekat platelet bagi membantu melancarkan aliran darah. Ia adalah satu- satunya produk di dunia yang boleh diambil dengan selamat pada setiap hari untuk menghalang pengaktifan platelet bagi mencegah pembentukan plak.”

Menurut Dr Asim, faedah lain T.A.E. adalah keupayaannya untuk menurunkan tekanan darah. Beliau menjelaskan bahawa bahan lain yang berfungsi seiring dengan T.A.E. untuk mengekalkan saluran darah yang sihat adalah Nitrik Oksida (N.O). N.O menghalang pembentukan plak dengan melarutkan darah beku dan mengembangkan saluran darah. Ia juga membantu menguruskan tahap tekanan darah dengan memulihkan saluran darah yang rosak dan keanjalannya untuk menggalakkan aliran darah yang sihat dan melindungi jantung.

LX Yang mempunyai semua ciri ini. Ia diformulasikan dengan T.A.E dan L-Arginina yang menghasilkan N.O dan tidak mempunyai kesan sampingan. Ia adalah penyelesaian aliran darah tri-aksi yang pertama di dunia, yang membantu mencegah plak, menurunkan tekanan darah dan mencegah penyakit kardiovaskular,” kata Dr Asim.

Prof Dr Asim K. Duttaroy bertugas sebagai profesor di Fakulti Perubatan, Universiti Oslo, Norway. Beliau adalah pengarang kepada lebih daripada 200 kertas penyelidikan dan bab-bab dalam buku dan mempunyai lebih daripada 215 karya saintifik yang diterbitkan dalam jurnal saintifik. Beliau memiliki beberapa paten antarabangsa bagi penemuan formulasi anti-trombotik, anti-hipertensi dan pelindung kardio serta telah menerima lebih daripada 10 penghormatan dan anugerah.

Maklumat lebih lanjut mengenai Dr Asim boleh didapati di laman webnya: www.asimduttaroy.com.

Share this article

Comments are closed.