Happy children play and relax in the summer park.

Beri dan Besarkan Anak-anak Anda dengan Makanan yang Sihat

Beri dan Besarkan Anak-anak Anda dengan Makanan yang Sihat

Membesarkan kanak-kanak sihat

Pertumbuhan pesat dan perubahan drastik sering terjadi dalam zaman kanak-kanak. Namun kanak-kanak hari ini tidak sebebas dahulu. Sebaliknya mereka terpaksa menanggung beban yang lebih kerana dijangka untuk mencapai kecemerlangan di dalam sekolah dan di luar sekolah, dengan kelas tuisyen dan aktiviti ko-kurikulum yang semakin meningkat seperti kelas muzik dan aktiviti sukan untuk menyerlahkan bakat mereka.

Cabaran

  • Menggemari makanan segera, makanan ringan/diproses (burger, kentang goreng, makanan tin) dan minuman ringan.
  • Pembelajaran kanak-kanak melalui visual adalah setinggi 80%. Namun kanak-kanak hari ini sering mempunyai penglihatan yang buruk disebabkan terlampau banyak menonton TV, tablet, telefon pintar dan komputer, lantas mengakibatkan risiko miopia progresif yang lebih tinggi.
  • Interaksi rapat dengan kanak-kanak lain di sekolah, pusat penjagaan harian dan aktiviti lain mungkin mengakibatkan peningkatan risiko penyakit berjangkit.
  • Letih disebabkan terlampau banyak aktiviti.
  • Tertekan untuk mencapai prestasi akademik yang cemerlang.

Perubahan pada Gaya Hidup yang Membantu

Tempoh tontonan (tablet, TV) dihadkan selama 1 atau 2 jam sehari

Makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan, kurangkan pengambilan makanan segera/diproses dan minuman ringan

Senaman fizikal luar rumah sekurang-kurangnya 30 minit sebanyak 3 kali dalam seminggu

Perbanyakkan permainan papan atau permainan yang mempunyai interaksi fizikal

Peningkat Kesihatan yang Disyorkan

  • Mengambil makanan semula jadi yang tinggi dalam protein sayuran dan kaya dengan nutrien seperti Elken Spirulina untuk meningkatkan perkembangan fizikal dan mental mereka serta membekalkan bekalan tenaga yang tetap untuk membantu mereka menumpukan perhatian, menyerap pengajaran di sekolah dan kekal fokus.
  • Memandangkan kebanyakan kanak-kanak belajar atau bermain secara berkumpulan, meningkatkan sistem imun mereka terhadap jangkitan umum melalui Kolostrum ELG6 yang mempunyai kandungan Faktor Imun yang tinggi banyak membantu. Tambahan, ELG6 mengandungi Faktor Pertumbuhan yang membantu untuk mempercepat pertumbuhan dan pembaikan sel-sel badan.
  • Semasa sistem saraf pusat dan otak kanak-kanak berkembang, mereka perlu sentiasa menambah mineral yang digunakan. Ini dapat dilakukan dengan mudah dengan Kington kerana mengandungi 83 unsur surih yang tidak biasa terdapat dalam diet kita. Pengambilan Kington ketika sakit seperti demam juga boleh
    membantu dalam pemulihan mereka.
Share this article

Comments are closed.