woman-enjoying-breath-wind

Cergaskan Semula Tubuh Anda dengan Cara Semula Jadi

Cergaskan Semula Tubuh Anda dengan Cara Semula Jadi

Kita sering percaya bahawa ketika kita mempunyai masalah kesihatan, perkara pertama yang harus kita lakukan adalah berjumpa doktor dan mendapatkan pendapat perubatan. Ada cara lain dan cara yang tidak invasif. Ini adalah pilihan yang dikenali sebagai aromaterapi.

Menurut ahli terapi naturopati Perancis Dr. Nelly Grosjean, untuk setiap masalah yang anda alami, pasti terdapat minyak pati tumbuhan aromatik yang dapat membantu memulihkannya. Dr. Grosjean mempunyai pengalaman melebihi 25 tahun dalam latihan aromaterapi dan perubatan holistic.

Penyembuhannya adalah aromaterapi

Lebih banyak orang beralih ke rawatan penyembuhan naturopati, menjadikan aromaterapi semakin popular sekali lagi. Ini adalah sebabnya:

Aromaterapi merupakan perubatan alternatif yang menggunakan minyak pati aromatik yang diekstrak daripada bunga dan tumbuhan demi mencapai kesejahteraan fizikal, emosi dan rohani. Ia merupakan gabungan seni dan sains yang popular semula dalam dunia pemulihan alternatif disebabkan keberkesanannya yang terbukti.

Walaupun terma ‘aromaterapi’ mula-mula dimasyhurkan pada awal abad ke-20, sejarahnya sebenarnya lebih lama. Asalnya boleh dikesan sehingga kepada kebijaksanaan bangsa Greek, Mesir dan Cina kuno ribuan tahun yang lalu, di mana aromaterapi digunakan atas kesan menonjolnya untuk memperbaik angin, kesihatan dan kecantikan seseorang.

Tidak berniat untuk menggantikan perubatan konvensional, tetapi sekadar melengkapinya, aromaterapi terkenal dalam menjinakkan dan merawat masalah, daripada tekanan dan kebimbangan kepada memulihkan penyakit kulit seperti akne. Seperti kata doktor, “Satu rahsia kesihatan unggul ialah penggunaan dengan tetap minyak pati aromatik.”

Meningkatkan penyaluran oksigen

Berdasarkan latihan Perubatan Cina Tradisional (TCM) dan teori yang telah diwariskan beribu-ribu tahun, Bio-Aktif GuaMoxa merupakan terapi revolusioner yang menggabungkan Manipulasi (Guasa) dan Moksibusi demi kesihatan yang lebih unggul.

Moksibusi sering digunakan untuk:

  • Sakit akibat kecederaan atau artritis, terutamanya dalam corak “sejuk” di mana rasa sakit secara semula jadi terasa lebih baik dengan rasa panas
  • Masalah pencernaan dan pembuangan yang tidak teratur
  • Perlindungan terhadap penyakit selesema dan demam selesema

TCM telah memperoleh kepopularan dan kemasyhuran di Barat sebagai satu teori perubatan holistic yang membenarkan badan untuk melawan penyakit secara semula

jadi. Bio-Aktif GuaMoxa meningkatkan “qi” positif (oksigen) dalam badan, di samping merangsang pengaliran tenaga penting. Ia bukan sahaja mampu meningkatkan dan mengawal atur metabolisme, tetapi juga memperkukuh sistem imun dan memastikan pelbagai fungsi fisiologi dalam keadaan harmoni.

Guasa tiada sebarang kesan sampingan dan mudah dilakukan tanpa peralatan khusus dan mahal. Ia boleh dilakukan di mana-mana, bila-bila dan tidak memakan masa yang lama.

Share this article

Comments are closed.