Lindungi Jantung Anda dengan Terapi Nutrien
Rawatan penyakit jantung
Dengan kemajuan sains perubatan, terdapat pelbagai cara untuk merawat penyakit jantung. Sesetengah orang memilih untuk mengambil ubat-ubatan sepanjang hidup, manakala yang lain perlu menjalani pembedahan yang mahal diikuti oleh rawatan, ujian dan pemeriksaan secara berkala oleh pakar kardiologi. Sebelum menjalani sebarang rawatan, adalah lebih baik untuk memahami apa yang berlaku dan risiko yang terlibat.
Rawatan
Ubatan:
Ubat antiplatelet (contohnya clopidogrel dan aspirin)
Fungsi:
Membantu mencegah pembentukan darah beku
Kesan sampingan yang mungkin berlaku:
Pendarahan dalaman, pening, sakit kepala yang teruk, kesukaran bernafas, sakit dada, demam, bengkak pada muka atau tangan, ulser perut
Ubatan:
Penyekat beta
Fungsi:
Melambatkan kadar degupan jantung, dengan itu dapat menurunkan tekanan darah
Kesan sampingan yang mungkin berlaku:
Loya, cirit-birit, keletihan, kabur penglihatan, tangan dan kaki sejuk, degupan jantung yang perlahan, insomnia, kemurungan, kehilangan libido
Ubatan:
Penghalang ACE/ angiotensin II penyekat reseptor
Fungsi:
Merawat tekanan darah tinggi
Kesan sampingan yang mungkin berlaku:
Sakit kepala, batuk kering, cirit-birit, tekanan darah rendah, ruam
Ubatan:
Statin
Fungsi:
Menghalang enzim hati yang menghasilkan kolesterol ‘tidak baik’ (LDL)
Kesan sampingan yang mungkin berlaku:
Loya, cirit-birit, peningkatan risiko masalah hati
Pembedahan / Rawatan
Jenis:
Angioplasti
Prosedur:
Membuka arteri jantung yang tersumbat menggunakan sten, belon atau kateter khas
Komplikasi yang mungkin berlaku / kesan sampingan:
• Kerosakan pada dinding arteri • Tindak balas alergi terhadap pewarna atau sten • Serangan jantung, strok atau kematian semasa pembedahan • Risiko arteri runtuh atau tertutup semula • Kesan sampingan daripada ubat-ubatan
Anggaran Kos:
RM25K – RM40K
Jenis:
Pembedahan pintasan
Prosedur:
Saluran darah dikeluarkan daripada kaki, lengan atau dada dan dipindahkan ke dalam jantung bagi mencipta laluan baru untuk darah yang kaya dengan oksigen mengalir ke otot jantung
Komplikasi yang mungkin berlaku / kesan sampingan:
• Degupan jantung yang tidak teratur • Keterhadan fungsi buah pinggang • Risiko jangkitan yang serius • Boleh menyebabkan hilang ingatan, tidak berupaya menumpukan perhatian • Serangan jantung / angin ahmar semasa pembedahan
Anggaran Kos:
RM25K – RM50K
CARA MENJAGA JANTUNG ANDA
Mencegah pastinya lebih baik daripada mengubati. Berita baiknya ialah 80% daripada penyakit jantung dan strok peringkat awal boleh dielakkan. Berikut adalah 7 gaya hidup sihat yang boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
Makan Makanan yang Sihat untuk Jantung
Kurangkan pengambilan daging dan makanan yang tinggi lemak tepu, kolesterol, gula dan garam. Makan lebih buah-buahan dan sayursayuran, bijirin, kekacang dan tingkatkan pengambilan serat. Ambil makanan tambahan untuk jantung sihat yang menghasilkan nitrik oksida dalam badan, minyak ikan omega 3 dan makanan seimbang. Pilih makanan yang diproses tanpa lemak trans.
Perhatikan Berat Anda
Jika anda berbadan gemuk atau obes, inilah masa terbaik untuk memulakan program senaman bagi mengurangkan berat badan. Sementara anda melakukan perkara itu, beri perhatian jika perut anda mula buncit.
Aktifkan Diri
Bersenam selama 30 minit sebanyak 3 kali atau lebih seminggu. Aktiviti fizikal seperti berjalan pantas dan berenang dapat membantu menurunkan tekanan darah, menguatkan jantung dan menghilangkan tekanan.
Dapatkan Saringan Kesihatan Secara Berkala
Oleh sebab kebanyakan simptom penyakit jantung tidak dirasai, adalah penting untuk kita menguji tekanan darah, kolesterol dan glukosa darah secara berkala bagi menangani masalah dengan lebih awal.
Tidur Berkualiti
Dapatkan tidur yang berkualiti selama 7-9 jam setiap hari, sebaikbaiknya dengan tidur dan bangun awal. Ini boleh mengurangkan risiko obesiti, tekanan darah tinggi dan masalah jantung!
Hadkan Tekanan
Jangan memikir hal kerja apabila anda sedang bercuti. Manjakan diri dengan urutan atau memupuk hobi baru atau bertemu dengan rakanrakan semasa hari cuti.
Hidup Tanpa Asap
Tiada jumlah rokok yang selamat. Jika anda merokok, berhentilah.
LINDUNGI JANTUNG ANDA DENGAN TERAPI NUTRIEN
Mencegah pastinya lebih baik daripada mengubati. Dalam hal jantung, sebarang kerosakan tidak dapat dipulihkan semula. Anda boleh merawat masalah tertentu, tetapi jantung anda tidak akan pulih kepada kekuatan asal. Di samping itu, rawatan berpanjangan dan kesan sampingan pembedahan adalah mahal, menyakitkan dan mengganggu kehidupan anda.
Salah satu perubahan gaya hidup yang anda boleh lakukan adalah mengubah diet anda. Terapi nutrient melalui pendekatan MRT adalah satu pendekatan holistik yang menggabungkan pemakanan seimbang untuk kesihatan sel dan nutrien khusus yang menyasarkan kesihatan jantung untuk membantu badan anda sembuh dengan sendirinya dan pulih:
- Pemakanan yang seimbang dan makanan alkali untuk membantu sel-sel mengekalkan tahap tenaga selular dan melawan penyakit;
- semula jadi / fitonutrien seperti beta karotena dan SOD untuk melawan radikal bebas yang merosakkan tisu jantung; dan
- Nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu jantung.
Nutrisi Seimbang
“Spirulina mempunyai lebih daripada 60 jenis nutrien dalam 5 kumpulan makanan utama”
Makanan dengan nutrisi yang seimbang akan menyuburkan sel-sel anda menjadi sihat dan kuat terhadap semua jenis penyakit. Satu makanan super semula jadi yang terkenal dengan nutrisi yang seimbang adalah spirulina. Dianggap sebagai “makanan super terhebat di dunia” oleh WHO, kuasa pemakanan ini mempunyai lebih daripada 60 jenis nutrien dalam 5 kumpulan makanan utama – karbohidrat, protein, lemak, mineral dan vitamin – bersama-sama dengan fitonutrien yang berkuasa.
Fungsi Spirulina:
- Membekalkan nutrien dalam kadar yang seimbang selaras dengan keperluan tubuh manusia untuk pertumbuhan dan pembaikan sel sel.
- 100% alkali untuk membantu mengimbangi persekitaran berasid di dalam badan kita.
- Mengandungi paras antioksidan yang tinggi untuk melawan radikal bebas.
Pilihan utama spirulina sebenarnya adalah yang tulen dan organik kerana makanan organik biasanya mengandungi 4 kali ganda nilai pemakanan berbanding yang dihasilkan secara konvensional. Selain itu, ia bebas daripada racun perosak, baja, antibiotik, pengawet dan sisa kimia lain.
Nitrik Oksida (NO)
“…nutrien berkuasa untuk kesihatan jantung, otak dan peredaran darah …”
Salah satu nutrien yang paling berkuasa untuk kesihatan jantung, otak dan peredaran darah adalah nitrik oksida (NO), satu elemen kuat yang ditemui dalam penyelidikan.
Fungsi nitrik oksida:
- Memastikan arteri berkembang
- Melambatkan pembentukan plak pada dinding arteri
- Membantu mencairkan plak sedia ada pada dinding arteri
- Memastikan darah mengalir dengan lancar
NO dihasilkan secara semula jadi di dalam badan kita, tetapi pengeluaranya menurun apabila usia meningkat dan sering dirosakkan oleh radikal bebas. Ditemui sebagai molekul isyarat dalam sistem kardiovaskular, NO dapat membantu meningkatkan peredaran darah dengan menjaga fleksibiliti saluran darah, menghalang pengerasan saluran darah, melambatkan penumpukan plak, dan mengembang saluran darah.
Dua bahan proprietari dan dipatenkan yang lain termasuk Ekstrak Tomato Akueus (T.A.E) dan curcumin. T.A.E membantu mengekalkan agregasi platelet yang normal dan menyumbang kepada aliran darah yang sihat, manakala curcumin mengandungi kesan anti-radang dan antioksidan yang kuat untuk meningkatkan ketersediaan bio Arginina dan meningkatkan pengeluaran Nitrik Oksida untuk tubuh kita.
Omega 3
“…EPA & DHA terkenal dalam mengurangkan risiko penyakit jantung.”
Nutrien lain yang terkenal untuk kesihatan jantung adalah asid lemak omega 3 seperti EPA dan DHA yang terdapat pada ikan berlemak seperti salmon dan ikan kembung. Kolesterol jahat (LDL) diketahui menyumbang kepada plak pada dinding arteri manakala trigliserida pula mengeraskan arteri. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan EPA dan DHA mengurangkan risiko penyakit jantung.
Fungsi EPA dan DHA:
- Membaiki kelikatan darah (mencairkan darah) dengan itu menghalang pembekuan darah
- Menurunkan paras LDL dan trigliserida
- Menghasilkan prostaglandin, hormon yang diketahui dapat mencegah trombosis (pembekuan darah) dan merehatkan arteri.