Ketakjuban Cendawan Untuk Keseimbangan Sistem Imun Anda
Tahukah anda bahawa anda boleh makan cendawan untuk kesihatan sistem imun anda? ElfaHex merupakan suatu pengimbang imun yang berkuasa lagi berkesan, dengan 4 faktor unik yang menjaminkan pelbagai manfaat kesihatan.
Ramuan Berpaten
Ramuan berpaten di dalam ElfaHex, MIME (Ekstrak Modulator Imuno Miselium), diekstrak dari sejenis Cendawan Unggul yang kaya dengan polisakarida. MIME telah dibangunkan melalui penyelidikan bersama Universiti Tokyo setelah menjalani ujian ke atas beratus-ratus subspesies cendawan demi memperoleh potensi polisakarida yang tertinggi. Kemudian, ia melalui suatu teknologi yang berpaten untuk menghasilkan MIME – polisakarida alfa-glukan tersetil yang memiliki berat molekul yang serendah 5,000 dalton sahaja, lantas meningkatkan kemujaraban, penyerapan mudah dan keberkesanan klinikalnya yang kuat.
Terbukti Secara Saintifik
ElfaHex telah terbukti secara klinikal dapat menyeimbangkan sistem imun dan mengurangkan jangkitan. Di dalam ujian-ujian klinikal, ElfaHex didapati dapat:
- Merendahkan paras eNO* dalam kalangan pesakit asma sehingga 48% dalam tempoh 8 minggu.
- Mengurangkan sitokin pro-keradangan sehingga 80% dalam kalangan pesakit kolitis.
- Memperbaik tindak balas imun terhadap jangkitan virus, seperti influenza.
- Peningkatan jumlah sel-sel NK adalah lebih tinggi dalam kalangan semua pesakit yang mengambil ElfaHex selama 16 minggu berbanding dengan pesakit yang mengambil polisakarida yang lain.
Pengiktirafan Antarabangsa
ElfaHex diakui oleh universiti-universiti terkenal dunia, termasuk Yale University, Harvard University, The University of Tokyo, Seoul National, Hokkaido University, Columbia University dan University of Texas. Ia telah digunakan oleh lebih daripada 700 buah klinik dan hospital, dan telah dikaji oleh lebih daripada 100 buah universiti di seluruh dunia, termasuk hospital universiti dari Jepun, China, Korea, Thailand dan Amerika Syarikat. Sejak tahun 1992 sehingga hari ini, lebih daripada 400 orang penyelidik, doktor dan pakar telah berkumpul di Jepun pada setiap tahun untuk menyertai simposium antarabangsa tentang kajian dan penyelidikan MIME yang terkini.
Jaminan Kualiti
ElfaHex mempunyai pensijilan HACCP dan ISO900 serta sijil halal daripada Islamic Food & Nutrition Council of America (Majlis Makanan & Nutrisi Islam Amerika). Demi mengekalkan kualiti unggulnya, ujian corak DNA rutin untuk mengesahkan identiti MIME (yang sama dengan cendawan unggul) dijalankan pada setiap proses penghasilan.
Manfaat
Dengan mengawal atur keseimbangan imun anda, ElfaHex berupaya untuk membantu mempertingkatkan kesihatan anda dalam pelbagai cara, termasuk:
- Mengurangkan reaksi alahan dan sinusitis dengan meningkatkan sel-sel T-Penindas.
- Membantu untuk mengurangkan sitokin demi menormalkan fungsi-fungsi imun dalam masalah auto-imun.
- Mengurangkan jangkitan dan membantu dalam pemulihan yang lebih pantas dengan:
- Meningkatkan sel-sel dendritik untuk melawan jangkitan virus
- Meningkatkan sel-sel B untuk menghasilkan antibodi
- Mengaktifkan aktiviti makrofaj
- Membantu untuk mengurangkan kesan sampingan kemoterapi
Membantu untuk menyekat pertumbuhan sel abnormal dengan meningkatkan aktiviti sel-sel NK sehingga 300% – 800%. Bukan sekadar sejenis makanan eksotik, MIME daripada cendawan unggul yang terkandung di dalam ElfaHex membantu untuk mengembalikan keseimbangan sistem imun anda demi kesihatan yang lebih baik dan perlindungan yang lebih banyak terhadap pelbagai penyakit.
Warga emas kini boleh beralih ke Elfahex untuk meningkatkan imuniti atau memerangi penyakit yang ada. Elfahex mengandungi Ekstrak Modulator Imuno Miselium (MIME) polisakarida kaya alfa-glukan yang diekstrak dari miselium dari ‘cendawan super’ yang ditanam khas yang disebut Basidiomycota.
Ramuan yang dipatenkan yang dikembangkan melalui penyelidikan 24 tahun di Universiti Tokyo, MIME terbukti secara klinikal meningkatkan dan mengatur imuniti tubuh.
- Membantu meningkatkan sel-T sebanyak 200% untuk mengekalkan pertumbuhan sel yang normal.
- Mengurangkan jangkitan dan membantu pemulihan yang lebih cepat dengan membantu:
- Aktifkan aktiviti makrofaj.
- Tingkatkan sel dendritik untuk memerangi jangkitan virus.
- Meningkatkan sel B untuk menghasilkan antibodi.
- Meningkatkan kesan sampingan dari kemoterapi pesakit barah.
- Meningkatkan tindak balas imun terhadap jangkitan virus, seperti influenza.
- Meringankan penyakit auto-imun – SLE, diabetes Jenis 1 dan Artritis Reumatoid – dengan mengurangkan sitokin untuk menormalkan fungsi imun.
Sumber
- Evaluation of anti-inflammatory action of MIME in asthma patients based on exhaled nitric oxide (eNO), 22nd ICNIM
- Mycelium Immuno-Modulator Extract Acts as a Prebiotic and is Anti-inflammatory in Rats with Hapten-Induced Colitis. The Journal of Nutrition Immunology
- Supplementation with Mycelium Immuno-Modulator Extract increases the Innate and Immune Response of Young Mice to Primary Influenza Infection. The Journal of Nutrition Immunology
- An In-Office Evaluation of Four Dietary Supplements on Natural Killer (NK) Cell Activity