heart-disease

Adakah Anda Berisiko Menghidap Penyakit Jantung?

Adakah Anda Berisiko Menghidap Penyakit Jantung?

Apa risiko anda terkena serangan jantung?

Adakah anda berisiko mengalami serangan jantung? Faktor risiko bagi penyakit kardiovaskular (CVD) tergolong dalam tiga kategori besar – utama, boleh diubah dan penyumbang. Lebih banyak faktor risiko yang anda miliki, semakin besar kemungkinan anda mengalami penyakit jantung koronari. Dengan menilai faktor-faktor ini, anda boleh belajar bagaimana menguruskannya sambil memberi tumpuan kepada pencegahan awal.

Faktor risiko utama

Faktor ini secara signifikan meningkatkan risiko penyakit jantung dan saluran darah (kardiovaskular) dan tidak boleh diubah.

Faktor risiko boleh ubah

Beberapa faktor risiko utama boleh diubah suai, dirawat atau dikawal melalui ubat atau perubahan gaya hidup.

Faktor risiko penyumbang

Faktor ini dikaitkan dengan peningkatan risiko CVD, tetapi kepentingan dan tersebar luasnya masih belum ditentukan.

Faktor risiko yang tidak boleh diubah

Mewarisi Sejarah/Keluarga Dengan CVDJika keluarga anda mempunyai sejarah CVD, anda berkemungkinan mempunyai satu atau lebih faktor risiko. Kanak-kanak yang ibu bapa mereka mempunyai penyakit jantung lebih cenderung untuk turut mendapat penyakit jantung.
PenuaanBagi wanita, umur menjadi faktor risiko pada usia 55. Selepas menopaus, wanita lebih mudah untuk mendapat penyakit jantung, sebahagiannya kerana badan mereka telah kurang mengeluarkan estrogen.

Wanita yang telah mengalami menopaus awal, sama ada secara semula jadi atau kerana mereka melalui histerektomi, adalah dua kali lebih berisiko untuk menghidap penyakit jantung berbanding dengan wanita seusia yang masih belum menopaus.

Faktor risiko yang boleh diubah

Kolesterol darah tinggiParas trigliserida tinggi bersama-sama dengan kolesterol HDL yang rendah atau kolesterol LDL yang tinggi adalah dikaitkan dengan aterosklerosis - pembentukan lemak di dalam dinding arteri - yang meningkatkan risiko serangan jantung dan strok.
Tekanan darah tinggiSekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi, jantung perlu mengepam lebih keras yang menyebabkan otot jantung menebal dan menjadi lebih keras. Ini mengakibatkan otot jantung berfungsi tidak normal yang meningkatkan risiko strok, serangan jantung dan kegagalan jantung kongestif.
Kurang kegiatan fizikalGaya hidup yang tidak aktif merupakan faktor risiko kerana aktiviti fizikal dapat membantu mengawal kolesterol darah, diabetes, dan obesiti. Pada sesetengah orang, senaman yang kerap juga membantu menurunkan tekanan darah.
ObesitiBerlebihan berat badan atau obes boleh meningkatkan risiko penyakit jantung koronari kerana ia dikaitkan dengan faktor risiko lain seperti paras kolesterol darah dan trigliserida yang tinggi, tekanan darah tinggi, dan diabetes.
MerokokApabila anda merokok, karbon monoksida disedut dan mengurangkan jumlah oksigen yang dibawa ke dalam sel darah merah sambil meningkatkan jumlah kolesterol yang ditimbun pada lapisan dalam arteri. Lamakelamaan, ini akan menyebabkan arteri mengeras yang membawa kepada penyakit jantung dan kemungkinan.
DiabetesDiabetes meningkatkan risiko strok kerana terlalu banyak glukosa dalam darah boleh menyebabkan peningkatan timbunan lemak atau sumbatan pada dinding salur darah. Ini menyebabkan saluran darah di dalam otak atau pada leher menjadi sempit atau tersekat, yang memotong bekalan darah dan oksigen ke otak, menyebabkan strok.

Faktor lain yang menyumbangkan kepada CVDs

StresStres boleh menyebabkan peningkatan dalam merokok, minum minuman keras, dan makan berlebihan, manakala stres jangka panjang dan kebimbangan boleh meningkatkan paras kolesterol darah dan tekanan darah.
Diet dan NutrisiDiet yang tinggi lemak tepu dan lemak trans boleh meningkatkan kolesterol darah dan risiko serangan jantung. Obesiti dan kencing manis yang disebabkan oleh diet tidak sihat juga boleh meletakkan anda berisiko mendapat penyakit jantung.
AlkoholMengambil minuman beralkohol yang banyak boleh meningkatkan tekanan darah anda dan meningkatkan risiko mendapat strok. Ia juga boleh menyumbang kepada trigliserida yang tinggi dan menyebabkan degupan jantung yang tidak teratur.

10 tabiat untuk diamalkan bagi memiliki jantung yang sihat

Kajian menunjukkan bahawa diet yang penuh dengan kalori kosong dapat meningkatkan risiko kegemukan dan diabetes. Lihatlah gaya hidup anda. Adakah anda menjalani kehidupan jantung yang sihat? Mengamalkan tabiat sihat jantung boleh membuat perbezaan besar. Jadikan setiap hari hari yang sihat untuk jantung dengan petua berikut:

Ambil makanan sihat untuk jantung

Apabila anda makan, sentiasa ingat ‘peraturan makanan’ ini - hadkan lemak yang buruk, kurangkan garam dan minyak . Hadkan lemak tepu dan lemak trans sambil mengatakan tidak kepada garam. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran adalah bahagian penting dalam diet untuk jantung yang sihat kerana ia rendah kalori dan tinggi serat dan nutrien.

Aktif secara fizikal

Kurangkan duduk dan cuba bergerak lebih banyak sepanjang hari. Ia boleh terdiri daripada melakukan senaman di meja anda, mendaki tangga berbanding menaiki lif, membasuh sendiri kereta berbanding menghantarnya ke tempat cucian, melakukan kerja rumah dan pergi ke gim.

Dapatkan dan kekalkan berat badan yang sihat

Jika anda perlu menurunkan berat badan, lakukannya dengan cara yang sihat dengan menukar tabiat makan dan minum anda dan lakukan lebih banyak aktiviti fizikal. Turunkan berat badan dengan melakukan senaman tetap yang membakar kalori dan membina otot.

Menjaga kesihatan mental anda

Kelilingi diri anda dengan ahli keluarga dan sahabat yang positif dan menyokong, atau terlibat dalam aktiviti di mana anda boleh bertemu dengan orang baru seperti di kelab atau kelas. Orang yang mempunyai hubungan sosial yang kuat umumnya lebih sihat daripada mereka yang tidak.

Menguruskan stres

Kawal stres dengan melakukan perkara-perkara yang anda sukai seperti berjalan santai di tepi pantai, berkebun, menari, bermeditasi, membaca atau melakukan kerja sukarela.

Jauhi rokok

Bagi mengekang keinginan untuk merokok, amalkan 4 ‘D’ – (delay) lengahkan bertindak pada keinginan itu, amalkan (deep breathing) pernafasan secara mendalam, (drink) minum air kosong, atau (do) lakukan sesuatu bagi mengalihkan fikiran daripada keinginan merokok. Bagi mengelakkan asap rokok, jangan pergi ke tempat-tempat yang membenarkan orang merokok.

Hadkan alkohol (Hanya untuk orang bukan Islam)

Hadkan pengambilan alkohol dengan mengambil snek yang sihat untuk mengurangkan keinginan untuk minum. Jika anda tidak dapat mengelakkan situasi sosial di mana anda perlu minum, cuba menggantikannya dengan minuman tanpa alkohol.

Dapatkan tidur yang cukup

Cuba dapatkan tujuh hingga lapan jam tidur dengan mengamalkan rutin tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari. Berhenti merokok kerana ia menyumbang kepada apnea tidur dengan meningkatkan keradangan dan menahan cecair di kerongkong. Elakkan alkohol dan pil tidur kerana ia mengendurkan otot-otot di kerongkong dan mengganggu pernafasan.

Amalkan kebersihan mulut yang baik

Kajian menunjukkan bahawa penyakit gusi adalah dikaitkan dengan peningkatan risiko mendapat penyakit jantung kerana orang yang mengalami penyakit gusi kronik memiliki peningkatan ketebalan saluran darah pada leher mereka. Berus gigi dan flos setiap hari untuk menghalang penyakit gusi.

Pemeriksaan berjadual

Berjumpa doktor anda untuk pemeriksaan fizikal tahunan yang merangkumi tekanan darah dan ujian dan pemantauan kolesterol bagi memastikan jantung anda tidak bekerja melebihi daripada sepatutnya.

Perkara asas kepada kesihatan jantung

LX Yang adalah penyelesaian aliran darah tri-tindakan untuk kesihatan kardio-serebrovaskular yang meningkatkan aliran darah berasaskan penemuan Nitrik Oksida (NO) yang merupakan pemenang Hadiah Nobel Ekstrak Tomato Akueus (TAE), curcumin serta vitamin sinergistik. Amalkan petua ini dan lengkapkan diet anda dengan LX Yang hari ini untuk jantung yang sihat!

NITRIK OKSIDA

Apakah ia?
Disintesis dari L-ArgininA, sejenis asid amino yang terdapat dalam makanan.

  • Mengekalkan fleksibiliti saluran darah.
  • Menghambat pengerasan saluran darah.
  • Melambatkan penumpukan plak.
  • Mengembang saluran darah.

TOMATO AQUEUS EXTRACT (T.A.E.)

Apakah ia?
Menggunakan Bioactive Complex Extraction Technology proprietari.

  • Mengekalkan agregasi platelet normal.
  • Mempunyai kesan anti-radang semula jadi.
  • Melindungi lapisan saluran darah untuk menjaga aliran darah yang sihat.

TURMERIC

Apakah ia?
Sumber kurkumin yang dipatenkan, fitokimia aktif.

  • Mempunyai kesan anti-radang dan antioksidan yang kuat.
  • Pemenang anugerah termasuk:
    • NutrAward 2019 (teknologi peningkatan bio ketersediaan)
    • NutrAward Singapura 2018 (botanical product of the year)
    • NutrAward Geneva 2019 (innovation of the year)

Share this article

Comments are closed.