Pregnant Young Woman Holds Shoes for Newborn.

Spirulina, makanan unggul untuk Bakal Ibu dan Anak-anak

Spirulina, makanan unggul untuk Bakal Ibu dan Anak-anak

Kehamilan dan zaman kanak-kanak merupakan fasa-fasa kehidupan yang memperlihat tumbesaran fizikal yang pesat dan oleh yang demikian, memerlukan penjagaan nutrisi yang khas untuk perkembangan yang sihat. Hakikatnya, seorang bayi yang sihat lahir daripada ibu yang dilengkapi nutrisi yang secukupnya dan sihat dari segi fizikal. Secara amnya, terdapat tiga fasa yang berbeza dari kehamilan sehingga zaman kanak-kanak, yang masing-masing memerlukan nutrisi yang berbeza.

KEHAMILAN

Pengambilan khasiat yang mencukupi amat penting untuk menyediakan persekitaran rahim yang terbaik bagi pertumbuhan bayi kerana ibu adalah satu satunya sumber nutrisi bagi bayi mereka.

KEHAMILAN

Pengambilan khasiat yang mencukupi amat penting untuk menyediakan persekitaran rahim yang terbaik bagi pertumbuhan bayi kerana ibu adalah satu satunya sumber nutrisi bagi bayi mereka.

Trimester Pertama

Setelah hamil, tiub saraf janin mula terbentuk. Ibu harus memakan makanan yang kaya dengan Vitamin E, B12, protein dan asid folik untuk membantu meminimumkan kemungkinan keguguran dan kecacatan kelahiran.

Pada bulan kedua, denyutan jantung janin akan terbentuk danberupaya untuk mengepam darah ke seluruh badan. Dua jenis nutrien yang penting ketika ini ialah zat besi untuk menghasilkan hemoglobin, dan Vitamin B12 untuk membantu dalam pembentukan darah manakala Vitamin B6 membantu untuk mengurangkan sebarang ketidakselesaan mabuk hamil dan meningkatkan tenaga.

Pada bulan ketiga, pembentukan asas otak janin hamper lengkap, manakala anggota badan seperti jari, lutut dan lengan tangan serta sel otak dan tisu badan juga mula terbentuk. Makanan yang kaya dengan protein berkualiti tinggi dapat membantu proses pembangunan janin dengan efektif pada peringkat ini.

Trimester Kedua

Ketika bulan keempat, janin mula menyerap nutrien dan mendapatkan darah beroksigen daripada ibu. Pada tahap ini, Vitamin A (beta karotena) amat penting untuk meningkatkan kesihatan paru-paru, sistem penghadaman dan kulit janin, manakala zink membantu dalam perkembangan otak dan jantung bayi. Asid nukleik dan superoksida dismutase (SOD) pula merangsang pertumbuhan otak dengan meningkatkan keupayaan sel darah merah untuk mengangkut oksigen.

Pada bulan kelima dan keenam, ibu akan mula merasai pergerakan bayi kerana bayi juga mengalami emosi ibu. Makanan yang kaya dengan asid linolenik boleh membantu wanita mengandung untuk menyeimbangkan paras hormon yang seterusnya dapat menstabilkan emosi mereka dan mengurangkan kesan regangan kulit. Makanan berkalsium tinggi dapat membantu memperkuat tulang bayi di samping mengurangkan risiko ibu mendapat osteoporosis dan kerosakan gigi, manakala magnesium membantu memelihara kesihatan otot janin.

Trimester Ketiga

Memandangkan bayi pada fasa ini tumbuh dengan pesat, ibu harus mengambil lebih banyak asid lemak yang baik untuk mengurangkan peluang kelahiran pra-matang dan menambah berat lahir bayi. Makanan bertenaga tinggi dan kalori rendah harus diutamakan untuk pertumbuhan yang sihat di samping mengelakkan penambahan berat badan yang berlebihan.

PENYUSUAN SUSU IBU

Bayi akhirnya disambut ke dunia dengan selamat. Sepanjang enam bulan yang seterusnya di mana ibu menghasilkan susu, dietnya amat penting untuk menentukan kualiti susu yang membekalkan semua khasiat yang diperlukan oleh bayi. Maka, ibu harus mengambil makanan yang kaya dengan protein, vitamin, mineral dan sebagainya.

PENYUSUAN SUSU IBU

Bayi akhirnya disambut ke dunia dengan selamat. Sepanjang enam bulan yang seterusnya di mana ibu menghasilkan susu, dietnya amat penting untuk menentukan kualiti susu yang membekalkan semua khasiat yang diperlukan oleh bayi. Maka, ibu harus mengambil makanan yang kaya dengan protein, vitamin, mineral dan sebagainya.

ANAK MANJA YANG MEMBESAR

Dari bulan ketujuh sehingga zaman kanak-kanak, bayi memerlukan nutrisi dari tujuh aspek utama untuk tumbesaran dan perkembangan masing-masing.

ANAK MANJA YANG MEMBESAR

Dari bulan ketujuh sehingga zaman kanak-kanak, bayi memerlukan nutrisi dari tujuh aspek utama untuk tumbesaran dan perkembangan masing-masing.

  1. Karbohidrat membekalkan tenaga dan mengekalkan metabolisme lipid biasa bayi di samping bertindak sebagai sumber tenaga kepada sel saraf.
  2. Protein merupakan blok binaan asas bagi pertumbuhan kanak-kanak dari segi otot, tulang, kulit dan saraf.
  3. Lemak untuk merangsang perkembangan otak dan membantu melindungi organ dalaman.
  4. Zat mineral seperti besi, zink dan tembaga.
  5. Pelbagai vitamin untuk pertumbuhan yang sihat.
  6. Fitonutrien untuk membantu menyekat sel yang merosakkan badan.
  7. Makanan beralkali tinggi – kajian menunjukkan bahawa tahap IQ berkait dengan tahap pH kita. Seseorang yang mempunyai badan yang nilai alkalinya tinggi cenderung mempunyai tahap IQ yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai nilai keasidan badan yang tinggi.

Pengambilan nutrien yang mampan semasa kehamilan dan zaman kanak-kanak memantapkan asas kesihatan anak tersebut. Namun, beban mengandung mungkin mengakibatkan selera makan yang teruk disebabkan keletihan atau mabuk hamil. Wanita bekerja juga mungkin menghadapi cabaran untuk mendapatkan hidangan yang seimbang. Di sinilah suplemen nutrisi memainkan peranannya.

Spirulina merupakan makanan semula jadi yang mengandungi nutrient yang diperlukan oleh wanita mengandung, misalnya Vitamin B kompleks, asid folik, kandungan polisakarida yang tinggi dan asid lemak yang penting untuk memperbaik aras tenaga badan dan mungkin membantu untuk meningkatkan penghasilan susu ibu.

Kanak-kanak yang sedang membesar juga memperoleh manfaat daripada spirulina kerana ia mengandungi nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan yang sempurna – 5 nutrien utama (karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral), 4 jenis fitonutrien dan ia juga 100% makanan beralkali.

Terserlah sebagai sumber nutrien yang menyeluruh dan penkulturannya yang organik, tidak hairanlah Elken Spirulina tampil sebagai jenama nombor 1 di Malaysia. Dengan pelbagai anugerah antarabangsa yang mengiktirafkan kualitinya, dan kajian klinikal yang mencungkil keberkesanannya, anda boleh yakin bahawa ibu dan bayi bakal memperoleh nutrisi yang terbaik dalam cara yang paling semula jadi untuk perkembangan mereka. Elken Spirulina – jenama yang anda boleh yakini selalu!

Share this article

Comments are closed.