Halaman > Kesihatan Lelaki & Wanita > Cara Semula Jadi bagi Lelaki untuk Meningkatkan Kesihatan Mereka
Cara Semula Jadi bagi Lelaki untuk Meningkatkan Kesihatan Mereka
Kaum lelaki sering dilihat sebagai pembekal dan pelindung utama untuk keluarga dan dijangka senantiasa berani, tabah dan lasak. Bagaimanapun, semakin meningkat kos kehidupan masyarakat moden, semakin berat tekanan mental dan emosi yang ditanggung oleh mereka, kerana kesemua ini bermakna waktu bekerja yang lebih lama, tekanan yang lebih dan masalah yang lebih.
Cabaran
- Diet yang tidak seimbang dan berasid dengan pengambilan daging dan karbohidrat yang tinggi
- Tekanan yang berkaitan dengan kerja, termasuk mengharungi kesesakan lalu lintas pada waktu bekerja setiap hari
- Gaya hidup yang sedentari kerana sering duduk di dalam pejabat/mesyuarat untuk jangka yang panjang, diburukkan lagi dengan waktu senaman yang amat terhad
- Diet yang buruk kerana sering makan di luar dan pulang lewat malam disebabkan hiburan perniagaan yang penuh dengan sesi minum dan makan selepas waktu bekerja
Perubahan pada gaya hidup yang membantu
Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sebanyak 3 kali dalam seminggu
Makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan
Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air tulen setiap hari (tidak termasuk minuman lain!)
Meringankan tekanan dengan hobi tertentu
Berhenti merokok dan hadkan pengambilan alkohol
Peningkat kesihatan yang disyorkan
- Pengambilan Elken Spirulina membantu untuk melengkapi kekurangan pemakanan di samping mengekalkan keseimbangan 80% makanan beralkali dan 20% makanan
berasid kerana ia sejenis makanan alkali yang 100%. Kandungan Vitamin B Kompleksnya juga tinggi, khususnya Vitamin B12, untuk membantu meningkatkan paras tenaga dan mengurangkan kesan tekanan. - Meningkatkan keimunan untuk melawan tekanan serta batuk dan selsema yang biasa dengan Ester-C 500 Plus.
- Detoksifikasi sekurang-kurangnya sekali seminggu dengan Laktoze untuk menyingkirkan sisa terkumpul di dalam badan, dan mengisi semula probiotik dan prebiotik bagi menjaga kesihatan usus.
- Memperbaik kesihatan peredaran dan prestasi mental dengan LX Yang dan EPA DHA.
- Kaum lelaki yang mengalami alahan, sinus atau yang mudah menghidap penyakit kronik seperti pertumbuhan sel abnormal yang diakibatkan oleh sistem imun yang tidak seimbang dicadangkan untuk mengambil Elfahex.