strong-start

Ibu-ibu, Beri Anak Anda Permulaan yang Kuat dengan Spirulina!

Ibu-ibu, Beri Anak Anda Permulaan yang Kuat dengan Spirulina!

Statistik Malaysia dalam kalangan  kanak-kanak menunjukkan:

  • Lebih 20 % kanak-kank mengalami obesiti dan berat badan berlebihan1
  • 8% kanak-kanak di bawah 5 tahun kurang berat badan
  • Golongan muda, ada yang semuda 7 tahun menderita Diabetes Jenis 22

Pada masa lalu, apabila kanak-kanak sakit, ia biasanya melibatkan  penyakit berjangkit seperti selsema, batuk dan jangkitan bakteria dan  virus yang lain. Tetapi pada hari ini, penyakit-penyakit kronik seperti  obesiti, diabetes, hipertensi dan ketakupayaan pertumbuhan seperti  gangguan defisit perhatian/hiperaktif (ADHD) dan autisme adalah agak  biasa dalam kalangan kanak-kanak. Tidak hairanlah menjelang usia dewasa mereka, 7 daripada 10 orang dewasa Malaysia akan mengalami penyakit kronik. 3

Apakah sebab-sebab peningkatan penyakit kronik yang membimbangkan dalam kalangan kanak-kanak? Umumnya, kanak- kanak mendapat penyakit kronik akibat keadaan genetik (diwarisi), faktor alam sekitar atau gaya hidup ataupun gabungan faktor-faktor ini.

Kita tidak boleh berbuat apa-apa tentang gen kita atau persekitaran yang tercemar tempat kita tinggal. Paling banyak kita boleh memanfaatka kuasa epigenetik untuk mengawal bagaimana gen kita bekerja , dan  barangkali mengelilingi diri kita dengan pembersih udara tetapi kita mempunyai satu ukuran kawalan ke atas faktor gaya hidup kita, terutamanya makanan yang kita makan.

Anda Ialah Apa Yang Anda Makan

“Sampah masuk, sampah keluar” – satu frasa popular untuk membuktikan bahawa tabiat makan yang tidak sihat akan dimanifestasikan melalui badan yang uzur. Kebanyakan kanak-kanak hari ini mempunyai pengetahuan tentang makanan segera, makanan ringan dan makanan yang disediakan secara komersial, yang tinggi kandungan lemak, garam dan gula. Ia begitu popular di mana satu kajian melaporkan bahawa 15% daripada kanak-kanak prasekolah meminta untuk makan makanan segera setiap hari manakala 84% daripada ibu bapa melaporkan akan membawa anak-anak mereka ke restoran makanan segera sekurang-kurangnya sekali seminggu.4

Pemakanan moden untuk kanak-kanak hari ini selalunya tinggi dalam karbohidrat, protein dan lemak, tetapi amat kurang tawaran makanan sihat seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan biji-bijian. Makanan yang lazat namun kurang menyihatkan juga sangat berasid, sebagai contoh makanan pembentuk asid seperti daging, nasi, mi, roti, pastri dan pencuci mulut meningkatkan penghasilan radikal bebas dalam badan kita dan melemahkan ketahanan badan.

Corak pemakanan yang tidak sihat ini menyebabkan pengambilan nutrien yang tidak seimbang. Sebab itulah makin ramai kanak-kanak menjadi rentan kepada penyakit kronik. Diet yang tidak terkawal juga menjurus kepada obesiti, suatu masalah yang semakin membimbangkan yang bakal meningkatkan risiko diabetes, penyakit jantung, penyakit hati, asma dan apnea tidur, serta keburukan emosi, seperti rendah diri yang menyebabkan kejanggalan sosial dan prestasi yang lemah.

Mula Yang Betul

Salah satu kekunci untuk memupuk kesihatan yang baik adalah melalui  tabiat pemakanan yang baik, yang termasuk suatu diet yang seimbang  dan semula jadi dengan sekurang-kurangnya 7-9 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari, dan makanan yang dimasak dengan cara yang sihat, seperti makan mentah, dikukus dan dipanggang.

Walau bagaimanapun, sesetengah kanak-kanak sering memilih makan dan tidak menyukai makanan yang tawar dan tidak berperisa, termasuklah kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran. Gaya hidup moden yang sibuk juga menyebabkan pengambilan kerap makanan ‘bungkus’ atau makanan yang diproses seperti sosej.

Itulah sebabnya adalah amat penting untuk mengimbangi nutrien yang ketinggalan dalam diet kanak-kanak. Salah sejenis makanan semula jadi yang sarat dengan nutrien ialah spirulina.

Spirulina sering kali digambarkan sebagai makanan unggul, sumber hebat nutrien makro dan mikro yang berpekatan tinggi, dan salah satu daripada sumber nutrien yang terkaya dan paling lengkap di dunia. Ia mengandungi nutrien tumbuhan yang penting termasuk semua asid amino (protein) penting dan 18 vitamin yang berkepekatan tinggi, 20 mineral, asid lemak dan antioksidan penting. Bebas kolesterol dan lemak, dinding sel spirulina juga tidak mengandungi selulosa. Oleh itu, ia mudah dihadam dan diserap ke dalam badan, menjadikannya pilihan pemakanan yang ideal untuk kanak-kanak yang membesar yang mempunyai sistem pencernaan yang belum matang.

Elken Spirulina merupakan pilihan yang lebih baik kerana ia telah disahkan sebagai 100% tulen dan organik, lantas memberikan ketenangan fikiran kepada ibu bapa apabila memberikan anak-anak mereka Elken Spirulina. Ia terdiri daripada 70% protein, dan lebih daripada 46 nutrien penting, termasuk nutrien yang jarang dibekalkan seperti Vitamin B12, H dan K serta Asid Gamma-Linolenik serta antioksidan yang kuat seperti Superoksida Dismutase (SOD), beta-karotena dan klorofil. Disebabkan Elken Spirulina bersifat pembentuk-alkali secara semula jadi, menerusi pengambilannya juga membantu mengimbangi keasidan dalam badan yang selalunya dikenalpasti sebagai punca utama penyakit kronik.

Tersedia dalam bentuk tablet kecil yang boleh dikunyah, ditelan, atau dihancurkan dan dicampurkan ke dalam makanan, Elken Spirulina bukan sebarang makanan tambahan, tetapi makanan yang sempurna untuk masyarakat semua peringkat umur, terutamanya kanak-kanak dan mereka yang uzur.

Bukan itu sahaja, Elken Spirulina juga telah dianugerahi JHFA Authorization oleh Persatuan Makanan Makanan Kesihatan Jepun atas manfaatnya kepada kesihatan serta memperoleh pelbagai anugerah antarabangsa berprestij seperti Anugerah Berlian Emas, Anugerah Bioteknologi & Penjagaan Perubatan Kebangsaan dan Anugerah Emas.

Hadiah terbaik untuk anak-anak anda ialah hadiah kesihatan – berikan anak anda permulaan yang kukuh dalam hidup dengan Elken Spirulina!

Sumber

Share this article

Comments are closed.