blue brain training 3d rendering

Spirulina, Makanan Super untuk Otak Anda

Spirulina, Makanan Super untuk Otak Anda

Takluki Kelas dengan Spirulina

Adakah anak-anak anda mempunyai masalah menumpukan perhatian di dalam kelas? Adakah mereka peka dan cepat untuk memahami pelajaran? Bolehkan mereka mengingati apa yang diajar? Jika jawapan anda ialah “Tidak”, bagaimana anda boleh membantu mereka? Jawapannya: kesihatan yang baik – dari segi emosi dan fizikal. Kanak-kanak yang senantiasa gembira dapat menumpukan perhatian lebih baik manakala kanak-kanak yang sihat dari segi fizikal adalah lebih peka, dan boleh menyerap dan mengekalkan pelajaran mereka.

Senaman adalah penting kerana ia meningkatkan aliran oksigen ke otak dan meningkatkan fungsinya tetapi yang lebih penting ialah pemakanan yang baik kerana otak kita memerlukan vitamin tertentu untuk berfungsi secara berkesan. Suatu diet dengan nutrien yang seimbang ialah asas kesihatan yang baik dan membekalkan anak-anak imuniti yang kuat, sekali gus memberikan mereka suatu permulaan yang unggul dalam pembelajaran.

Konsentrasi

Anak-anak anda menghabiskan masa berjam-jam di dalam kelas setiap hari. Dengan otak yang haus terpakai, tidak sukar bagi kita untuk memahami jika mereka bergelut untuk menumpukan perhatian ke atas  pelajaran sehingga bersurainya waktu sekolah. Untuk kekal fokus, mereka perlu:

  • Protein yang mengandungi asid amino yang membantu neurotransmiter otak untuk membawa isyarat dari satu sel otak kepada yang lain, lantas meningkatkan konsentrasi.
  • Vitamin E, nutrien ‘antipenuaan’ kerana sifat antioksidan yang kuat dan keupayaan untuk mengurangkan pengoksidaan di dalam otak dan memelihara neuron.

Kepekaan

Seorang kanak-kanak yang peka mampu untuk memahami suatu pelajaran dengan pantas. Nutrien penting berikut akan membantu anak anda kekal peka:

  • Zat Besi membantu membekalkan aliran oksigen segar dan darah yang kaya dengan hemoglobin. Ini membantu untuk meningkatkan kecergasan mental.
  • Asid gama linolenik (GLA) menggalakkan pertumbuhan semula sel yang membantu untuk meningkatkan kepekaan.
  • Asid nukleik (RNA & DNA) membantu untuk menghasilkan tisu otak berkualiti tinggi dan meningkatkan keupayaan sel darah merah untuk membawa oksigen ke otak, seterusnya meningkatkan kepekaan mental kita

Pengekalan Ingatan

Adalah tidak berguna untuk mengikuti kelas dan tuisyen tanpa henti jika anak-anak anda tidak boleh mengingat kembali pengajaran-pengajarannya. Anak anda memerlukan:

  • Vitamin B12, dianggap sebagai vitamin penggalak ingatan yang terbaik kerana ia membantu untuk menghasilkan sel darah merah yang membawa oksigen ke otak.
  • Vitamin A yang merangsang neuron dalam hipokampus (bahagian otak yang dikaitkan dengan pembelajaran dan ingatan), justeru menggalakkan keupayaan pembelajaran dan meningkatkan daya ingatan.
  • Asid Folik yang mengurangkan jumlah homosisteina dalam aliran darah. Homosisteina merupakan sejenis asid amino toksik berbahaya yang boleh merosakkan sel-sel otak, yang menyumbang kepada penurunan kognitif dan kehilangan ingatan.
  • Asid gamma linolenik (GLA) yang menggalakkan penjanaan semula sel, sekali gus membantu meningkatkan daya ingatan.

Spirulina merupakan salah satu sumber pemakanan dunia yang paling kaya, paling lengkap dan seimbang. Dihormati sebagai ‘Makanan Unggul Terhebat di Bumi’ oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ia mengandungi nutrien tumbuhan yang penting, termasuk semua asid amino (protein) penting dan lebih daripada 18 jenis vitamin, 20 jenis mineral, asid lemak dan antioksidan yang berkepekatan tinggi. Spirulina juga terbukti sebagai makanan otak yang mujarab kerana ia mengandungi semua nutrien penting yang diperlukan untuk meningkatkan konsentrasi, daya ingatan dan kecerdasan. Satu kajian yang dijalankan ke atas pelajar-pelajar sekolah rendah di Dakar, Senegal, menunjukkan bahawa prestasi akademik mereka bertambah baik selepas pengambilan 2 gram spirulina setiap hari selama 2 bulan.

Spirulina merupakan salah satu sumber pemakanan dunia yang paling kaya, paling lengkap dan seimbang. Dihormati sebagai ‘Makanan Unggul Terhebat di Bumi’ oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ia mengandungi nutrien tumbuhan yang penting, termasuk semua asid amino (protein) penting dan lebih daripada 18 jenis vitamin, 20 jenis mineral, asid lemak dan antioksidan yang berkepekatan tinggi. Spirulina juga terbukti sebagai makanan otak yang mujarab kerana ia mengandungi semua nutrien penting yang diperlukan untuk meningkatkan konsentrasi, daya ingatan dan kecerdasan. Satu kajian yang dijalankan ke atas pelajar-pelajar sekolah rendah di Dakar, Senegal, menunjukkan bahawa prestasi akademik mereka bertambah baik selepas pengambilan 2 gram spirulina setiap hari selama 2 bulan.

Ini adalah kerana spirulina mengandungi:

  • 5 kali lebih banyak Vitamin B12 daripada hati lembu
  • 3 kali lebih banyak GLA daripada minyak evening primrose
  • 56 kali lebih banyak zat besi daripada bayam
  • Asid Folik
  • 5 kali lebih banyak protein daripada susu
  • RNA & DNA
  • Lebih Vitamin E per gram daripada germa gandum tulen
  • Mempunyai kompleks karotenoid yang badan gunakan untuk menukar Vitamin A

Elken Spirulina adalah pilihan spirulina terbaik kerana:

  • Disahkan 100% organik (makanan organik mengandungi nilai pemakanan 4 kali lebih banyak daripada makanan yang dihasilkan oleh pertanian konvensional)
  • Telah memperoleh lebih daripada 10 anugerah antarabangsa kerana kualiti premium.

BERITA BAIK!

Elken Spirulina kini hadir dalam bentuk serbuk yang memudahkan penggunaan untuk kanak-kanak dan orang tua. Serbuk boleh ditambah dengan mudah ke dalam makanan dan minuman harian, formula susu anak anda, dan juga pencuci mulut! Berikan Elken Spirulina kepada anak-anak anda untuk terus maju.

Share this article

Comments are closed.