asian-woman-having-headache-from-eyeglasses

Tatkala Penglihatan Anda Mula Menjadi Kabur, Mungkin Ianya Sudah Terlambat

Tatkala Penglihatan Anda Mula Menjadi Kabur, Mungkin Ianya Sudah Terlambat

Dua jenis penyakit mata yang paling biasa, yang berkait dengan penuaan ialah katarak dan AMD (Degenerasi Makular Berkaitan Usia). Malangnya, keadaan-keadaan ini tidak boleh dipulihkan dan mungkin menjurus kepada kebutaan separa ataupun penuh.

Menurut Persatuan Optometrik Amerika, insiden katarak dan AMD sedang meningkat. Di seluruh dunia, lebih daripada 25 juta orang berdepan dengan 2 penyakit ini, dan AMD merupakan faktor dominan yang menyebabkan kebutaan dalam kalangan orang Barat yang berusia melebihi 55 tahun dan angka ini dijangka akan berlipat 3 kali ganda pada tahun 2025 nanti.

Katarak

Simptom: Penglihatan kabur
Sebab: Kanta mata menjadi keruh dan menghalang cahaya daripada memasuki mata

AMD

Simptom: Penglihatan tengah adalah kabur atau berbayang
Sebab: Kemerosotan makula atau pembentukan deposit dan pertumbuhan saluran darah yang tidak normal di bawah retina.

amd-mata

Katarak dan AMD tidak berlaku secara tiba-tiba, tetapi terjadi secara berperingkat apabila kita makin berusia. Justeru, warga yang berumur 40 tahun dan ke atas harus sedar apabila penglihatan mereka menjadi lebih baik atau lebih teruk, manakala warga emas yang berusia 50 tahun dan ke atas harus menjalani ujian mata secara berkala untuk mengesan sebarang masalah penglihatan.

Penyelesaian umum bagi masalah penglihatan

Sehingga hari ini, tiada lagi pendekatan sementara untuk katarak dan AMD. Jika dikesan pada peringkat awal, pesakit boleh pilih untuk menjalani pembedahan invasif atau terus hidup dengan kemerosotan penglihatan tersebut. Jadi, pilihan yang terbaik adalah untuk mengurangkan faktor risiko atau peluang pembentukan katarak dan AMD berlaku di mata anda. Beberapa penyelesaian sementara tetapi invasif termasuk:

Katarak:

  • Pembedahan untuk menggantikan kanta yang keruh dengan kanta buatan.

AMD:

  • Terapi Laser – cahaya laser yang bertenaga tinggi akan memusnahkan saluran darah yang tumbuh secara aktif tetapi tidak normal.
  • Ubat-ubatan yang anti-angiogenik akan disuntik ke dalam mata untuk menghalang sebarang perkembangan saluran darah yang baharu dan kebocoran daripada saluran yang tidak normal di dalam mata.
  • Bantuan penglihatan rendah – alat yang mempunyai kanta khas atau sistem elektronik yang menghasilkan imej objek terdekat yang dibesarkan.
  • Terapi laser fotodinamik – rawatan 2 langkah yang mana sejenis ubatan yang peka terhadap cahaya akan digunakan untuk menghapuskan saluran darah yang tidak normal.

Jadi pilihan terbaik adalah mengurangkan faktor risiko atau kemungkinan terjadinya katarak dan AMD.

Makanan untuk mata anda

Oleh sebab penyakit-penyakit mata yang berkaitan dengan usia terbentuk sejajar dengan peningkatan usia, penjagaan mata dari peringkat awal adalah amat penting. Sejak kebelakangan ini, para penyelidik mendapati bahawa pengambilan beberapa nutrien utama dapat melambatkan permulaan dan mengurangkan keterukan katarak dan AMD, sambil bekerja secara sinergis untuk melindungi dan memberi khasiat kepada mata.

Hakikatnya, dalam satu artikel yang diterbitkan oleh Persatuan Optometrik Amerika, lutein dan zeaxantin merupakan nutrien berkuasa yang mungkin mampu mengurangkan risiko penyakit mata kronik, termasuklah katarak dan AMD. Artikel ini menambah lagi bahawa kajian juga menunjukkan bahawa lutein dan zeaxanthin dapat memperbaik prestasi penglihatan dalam pesakit katarak dan AMD

Kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Epidemiology, Ophthalmology and Archives Ophthalmology mendapati tahap lutein dan zeaxanthin yang lebih tinggi dalam diet seseorang dikaitkan dengan risiko AMD yang lebih rendah.

  • Lutein dan zeaxanthin adalah ramuan yang kuat dan mujarab untuk menapis sinaran cahaya yang berbahaya
  • Lutein dan zeaxanthin melindungi mata daripada sinaran UV matahari yang berbahaya:
    • Melindungi makula untuk mengurangkan simptom AMD.
    • Meneutralkan radikal bebas yang berkait dengan tekanan pengoksidaan dan kerosakan retina untuk meminimumkan impak katarak.

Menurut kajian AREDS2 di Archives of Ophthalmology, selain daripada lutein dan zeaxanthin, vitamin C dan zink dapat membantu mengurangkan risiko degenerasi makular yang berkaitan dengan usia (AMD). Kami dengan bangga memperkenalkan Elken Gummy C yang mengandungi zink dan vitamin C, sementara Elken Gummy Vzio diformulasikan dengan nisbah ideal 5: 1 lutein dan zeaxanthin dan disyorkan oleh Institut Mata Nasional AS. 4 antioksidan ini sangat penting untuk penglihatan anda.

Ambil kedua-dua Gummy Vzio dan Gummy C untuk kesihatan dan perlindungan mata yang lebih baik!

Share this article

Comments are closed.