Kaki Sejuk Anda Tidak Semestinya Tanda Kegelisahan
Seluruh badan dalam 60 saat
DARAH adalah kehidupan; tanpanya kita akan mati. Badan kita mempunyai sistem saluran darah yang luas, terdiri daripada arteri, vena, dan kapilari yang melebihi 100,000 km panjang yang membawa darah ke hampir setiap bahagian tubuh kita. Panjangnya cukup untuk mengelilingi dunia sebanyak 2.5 kali! Walaupun dengan jarak sepanjang ini, darah hanya mengambil masa 60 saat untuk membuat pusingan perjalanan kembali ke jantung, dan kurang dari itu jika kita sedang bersenam!
Pergerakan yang berterusan ini, dipanggil aliran darah, adalah seperti rangkaian lebuh raya bagi sistem peredaran darah kita, dan kesinambungan serta kelancarannya adalah sangat penting untuk kesihatan dan kehidupan kita.
Fungsi peredaran darah
- Peranan utamanya adalah untuk membawa nutrien penting dan oksigen kepada sel-sel dan molekul-molekul agar dapat berfungsi, tumbuh dan pulih dengan sewajarnya
- Mengumpul karbon dioksida dan bahan buangan metabolik daripada sel-sel untuk penyingkiran
- Membawa hormon-hormon yang dihasilkan oleh
sistem endokrin - Membawa sel-sel darah putih untuk melawan jangkitan dan platelet untuk membantu pembekuan darah semasa kecederaan
- Mengawal dan mengekalkan suhu badan dengan meningkatkan atau mengurangkan aliran darah ke permukaan kulit
- Mengawal keseimbangan pH dan tahap air dan garam yang diperlukan oleh sel-sel badan
- Mengawal tekanan darah
Apakah yang berlaku dalam peredaran yang lemah?
Kesihatan yang baik dan gaya hidup yang aktif bergantung kepada sistem peredaran darah yang baik. Malangnya, ‘lebuh raya’ kita juga boleh menghadapi ‘kesesakan lalu lintas’, malah boleh ‘berlubang’ dari masa ke masa. Peredaran darah yang lemah boleh berpunca daripada banyak sebab, antara yang paling biasa adalah aterosklerosis, atau pengerasan pembuluh darah.
Aterosklerosis sering berlaku akibat pengumpulan plak pada dinding dalaman saluran darah. Plak biasanya terdiri daripada kolesterol, lemak dan bahan buangan selular. Apabila plak berkumpul pada dinding dalaman saluran darah, ia boleh menyekat aliran darah atau menghalang alirannya sama sekali.
Ini menyebabkan peredaran darah terjejas yang terus menghalang sel-sel daripada menerima nutrien dan menyingkirkan bahan buangan. Lama-kelamaan, ia menyebabkan pengerasan saluran darah dan mendatangkan pelbagai masalah yang berpotensi mengancam nyawa.
TAHUKAH ANDA?
- Dianggarkan 10% daripada penduduk lelaki mengalami mati pucuk atau disfungsi erektil. Keadaan ini meningkat hampir 52% bagi lelaki yang berusia lebih 40 tahun!
- Jumlah kematian akibat penyakit jantung adalah 250% lebih tinggi daripada semua kanser yang digabungkan 1 dari 4 wanita di Malaysia mati akibat kegagalan jantung.
Apakah tanda-tanda peredaran darah yang lemah dalam badan kita
Otak
Peredaran darah yang baik
• Ingatan & konsentrasi yang baik • Koordinasi & refleks yang baik • Tindakan yang pantas terhadap rangsangan
Peredaran darah yang terjejas
• Sering sakit kepala • Berasa lemah & pening • Kejelasan mental yang berkurangan/ lemah & pelupa
Peredaran darah yang tersumbat / pecah akibat peningkatan tekanan
• Demensia – kehilangan ingatan, kekeliruan, paranoia • Strok – ucapan terjejas, lumpuh (sebahagian/ penuh) atau kematian
Jantung
Peredaran darah yang baik
• Tenaga & stamina yang baik • Kadar degupan jantung yang • biasa & normal
Peredaran darah yang terjejas
• Berasa lemah & pening • Sesak nafas atau kesukaran bernafas • Keletihan melampau
Peredaran darah yang tersumbat / pecah akibat peningkatan tekanan
• Debaran & denyutan jantung yang tidak normal disebab kerosakan pada otot jantung • Kegagalan jantung – kekeliruan, pemikiran terjejas, denyutan jantung yang cepat, sesak nafas • Serangan jantung – boleh membawa maut
Paru-paru
Peredaran darah yang baik
• Stamina & tenaga yang baik
Peredaran darah yang terjejas
• Sesak nafas • Degupan jantung yang laju • Sakit dada yang menyucuk
Peredaran darah yang tersumbat / pecah akibat peningkatan tekanan
• Embolisme pulmonari • Serangan jantung & mati mengejut
Hati
Peredaran darah yang baik
• Stamina & tenaga yang baik • Sedikit atau tiada alahan • Paras glukosa yang normal • Kulit yang sihat & licin
Peredaran darah yang terjejas
• Kurang selera makan • Susut berat badan • Kulit gatal
Peredaran darah yang tersumbat / pecah akibat peningkatan tekanan
• Lesu • Alahan kulit
Buah Pinggang
Peredaran darah yang baik
• Tekanan darah dan degupan jantung yang normal
Peredaran darah yang terjejas
• Muka, tangan, buku lali atau kaki yang sembab• Sering letih • Kadar degupan jantung yang laju & pening-pening
Peredaran darah yang tersumbat / pecah akibat peningkatan tekanan
• Penyakit arteri buah pinggang (ginjal) • Tekanan darah tinggi • Kegagalan buah pinggang – keperluan untuk dialisis atau pemindahan buah pinggang
Organ Reproduktif
Peredaran darah yang baik
• Keinginan seks yang normal • Keseimbangan hormon • Bersemangat dan bertenaga
Peredaran darah yang terjejas
• Keinginan seks yang rendah
Peredaran darah yang tersumbat / pecah akibat peningkatan tekanan
• Mati pucuk
Kaki & Tangan
Peredaran darah yang baik
• Kaki & tangan yang hangat • Kejadian ulser kaki yang rendah • Penyembuhan luka yang pantas
Peredaran darah yang terjejas
• Kaki dan tangan yang sejuk • Kebas
Peredaran darah yang tersumbat / pecah akibat peningkatan tekanan
• Urat labah-labah • Vena varikos • Penyembuhan luka yang lambat • Trombosis vena dalam
Penyakit jantung: Di manakah kedudukan anda?
Salah satu masalah utama peredaran darah yang lemah adalah penyakit jantung atau kardiovaskular (CVD). CVD adalah penyebab kematian # 1 di seluruh dunia. Hampir 50% pesakit serangan jantung berumur antara 40-60 tahun. Rakyat Malaysia mengalami serangan jantung pada usia yang lebih muda daripada orang di AS, Eropah, Australia, Kanada, Thailand, dan China. Individu semuda berusia 20-an telah didiagnosis dengan penyakit jantung.
Penilaian Peribadi untuk Kesihatan Jantung (Adakah Anda Berisiko Diserang Penyakit Jantung?)
1. Berat
a) BMI < 25
b) Berat berlebihan – BMI 25-29.9
c) Gemuk – BMI ≥ 30
BMI dikira dengan berat (kg) dibahagikan dengan ketinggian dalam meter kuasa dua, contohnya berat 68kg & tinggi 1.65m = 68 ÷ (1.65)2 = 24.98
2. Tekanan Darah
a) ≤120/80 mmHg
b) 120/80 – 139/89mmHg
c) ≥140/90 mmHg
3. Jumlah Kolesterol
a) < 5.2mmol/L
b) 5.2 – 6.1mmol/L
c) ≥ 6.2mmol/L
4. Glukosa Darah Selepas Berpuasa
a) 3.9 – 5.5mmol/L
b) 5.6 – 7mmol/L
c) ≥ 7mmol/L
5. Lilitan Pinggang lelaki dan wanita
a) < 37 inci ≤ 30 inci
b) 37.0 – 40.0 inci 31.5 – 34.6 inci
c) > 40 inci > 35 inci
6. Merokok
a) Tidak
b) Terdedah kepada asap rokok
c) Sekali-sekala / Perokok
7. Aktiviti Fizikal
a) 20-30 minit ≥ 3 kali seminggu
b) 20-30 minit sekali/ dua kali seminggu
c) Tiada senaman
8. Family History of Heart Disease
a) Tiada
b) Ya, dalam ahli yang berumur ≥ 55 tahun
c) Ya, dalam ahli yang berumur <55 tahun
Jumlah Markah
• Risiko Rendah
As & ≤ 2Bs
• Risiko Tinggi
As, Bs & Cs
• Risiko Sangat Tinggi
As, Bs & ≥ 3Cs
Faktor risiko biasa penyakit jantung
- Obesiti: Penyakit jantung menyerang 10 kali lebih kerap untuk orang gemuk
- Diabetis: Mereka yang menghidap diabetes adalah 2 kali lebih berkemungkinan untuk mendapat penyakit jantung
- Tekanan darah tinggi: 3 daripada 4 orang yang mengalami kegagalan jantung kronik mempunyai tekanan darah tinggi
- Pemakanan yang buruk: Orang yang mengambil makanan yang tinggi lemak tepu adalah 30% lebih cenderung untuk mendapat penyakit jantung
- Kolesterol Tinggi: Orang yang mempunyai kolesterol tinggi adalah 2 kali lebih berkemungkinan untuk mendapat penyakit jantung
- Pengambilan alkohol berlebihan: Orang yang mengambil minuman alkohol berlebihan adalah 2 kali lebih cenderung untuk maut akibat serangan jantung
- Lilitan pinggang besar(lemak visera): Wanita dengan berat badan normal dan pinggang bersaiz 35 inci atau lebih mempunyai 3 kali ganda risiko kematian akibat penyakit jantung, berbanding wanita dengan berat badan normal dan saiz pinggang yang lebih kecil
- Merokok: Perokok adalah 4 kali lebih berkemungkinan untuk mati akibat penyakit jantung dan mengalami serangan jantung pada usia yang lebih muda
- Gaya hidup yang tidak aktif: Orang yang tidak aktif hamper 2 kali lebih berkemungkinan untuk mendapat penyakit jantung berbanding mereka yang aktif
Sumber:
- http://www.who.int/mediacentre/factsheets/fs317/en/
- http://malaysiandigest.com/frontpage/282-main-tile/522012-heart-disease-shocking-facts-the-younger-generation-should-know.html
- http://www.malaysianheart.org/?p=highlights&a=992
- http://www.healthline.com/health/heart-disease-infographic
- http://www.hsph.harvard.edu/obesity-prevention-source/obesity-definition/abdominal-obesity/
- http://www.quitnow.gov.au/internet/quitnow/publishing.nsf/content/warnings-b-heart
- http://www.nhlbi.nih.gov/health/health-topics/topics/hd/atrisk
- http://www.malaysianheart.org/?p=highlights&a=992
- http://malaysiandigest.com/frontpage/282-main-tile/522012-heart-disease-shocking-facts-the-younger-generation-should-know.html
- http://www.healthline.com/health/heart-disease-infographic