Dapatkan Kembali Tulang yang Kuat dan Sendi yang Fleksibel
Rasa sekuat dinosaur?
Dengan sendi dan tulang yang lemah, anda mungkin terasa seperti dinosaur tua yang lambat pergerakannya. Mujurlah, terdapat makanan tambahan yang dapat melincahkan semula pergerakan anda.
Semakin umur meningkat, kadar penyerapan kalsium oleh badan semakin menurun, oleh itu tambahan kalsium menjadi lebih penting. Walaupun terdapat banyak jenis makanan tambahan kalsium, sebilangannya mempunyai kesan sampingan seperti sembelit, kembung dan angin – kebimbangan biasa dan serius di kalangan warga emas.
Jenis Kalsium | Jumlah Kalsium Unsur |
---|---|
Kalsium Karbonat | 40% |
Kalsium Sitrat | 21% |
Kalsium Glukonat | 9% |
Kalsium Laktat | 13% |
Sebatian kalsium yang berbeza di dalam makanan tambahan kalsium menentukan jumlah kandungan kalsiumnya, yang sering dirujuk sebagai kalsium unsur (elemental calcium). Daripada jumlah ini, kalsium karbonat mempunyai peratusan kalsium unsur paling tinggi iaitu 40%.
Dirumus dengan kalsium karbonat, CALMAX merupakan satu-satunya makanan tambahan kalsium terion di pasaran yang dihasilkan dengan proses elektrolisis. Tidak seperti kalsium karbonat lain, bentuk terion Calmax membolehkan ia diserap terus oleh badan, dengan:
Kadar penyerapan hingga 97.4% – sesuai untuk warga emas yang kadar penyerapan nutriennya terjejas (berbanding kadar penyerapan makanan tambahan kalsium normal iaitu kira-kira 27% – 40%).
- Nisbah sempurna 2:1 kalsium dan magnesium untuk penyerapan kalsium yang optimum.
Dihasilkan daripada cengkerang tiram terpilih dan bebas daripada toksin dan logam berat, Calmax juga sesuai untuk warga emas yang menderitai intolerans laktosa dan merupakan makanan tambahan yang baik untuk warga emas, orang dewasa dan juga kanak-kanak.
Salah satu kebimbangan yang paling biasa dialami oleh warga emas ialah kehilangan mobiliti yang disebabkan oleh degenerasi sendi. Lebih malang lagi, kebanyakan formulasi sendi yang terdapat di pasaran hanya memberi tumpuan untuk mengurangkan keradangan dan meredakan kesakitan, tetapi tidak banyak membantu merawat sendi untuk jangka masa panjang. CELJOY GO mengandungi 2 bahan semula jadi dan mujarab yang bukan sahaja melegakan kesakitan, tetapi juga membantu membina semula sendi.
Ekstrak Rosehip
Rosehip terkenal sebagai pelega kesakitan yang semula jadi dan berkesan dengan ciri-ciri anti-radang yang dapat membantu meringankan radang sendi dan mengurangkan kerosakan sendi. Ia juga dikatakan dapat menghalang enzim tertentu yang memecahkan rawan dan merosakkan asid hialuronik di dalam sendi2.
Berdasarkan ini, teknologi telah dibangunkan untuk meningkatkan kepekatan dan keberkesanan rosehip dalam Celjoy Go. Ekstrak Rosehip Celjoy adalah 25 kali lebih pekat daripada rosehip biasa, dan penyelidikan menunjukkan ia boleh mengurangkan keradangan sendi sebanyak 82%3 dan sakit sendi sebanyak 60%4.
Kolagen Jenis II
Rawan sendi terbina terutamanya daripada Kolagen Jenis II untuk memberikan struktur kepada tisu sendi penghubung, Asid Hialuronik untuk melincirkan sendi dan menyuburkan sel sel sendi, dan Kondroitin Sulfat untuk merangsang penghasilan rawan. Apabila rawan sendi berkurangan dari masa ke masa, ‘kusyen’ akan berkurang, menyebabkan kesakitan dan kesukaran bergerak.
Dipatenkan di Amerika Syarikat, kajian telah menunjukkan bahawa Kolagen Jenis II boleh:
- Menghalang enzim yang merosakkan asid hialuronik di dalam sendi sehingga 70%
- Meningkatkan kandungan asid hialuronik di dalam sendi sebanyak 60 kali ganda
- Meningkatkan pengeluaran Kolagen Jenis II di dalam sendi sebanyak 2.5 kali
- Membantu menambah rawan pada sendi
Ekstrak Rosehip dan Kolagen Jenis II bekerja secara bersama untuk melegakan keradangan sendi di samping membantu membinanya semula. Dengan Celjoy, warga emas boleh bergerak aktif semula seperti waktu muda dahulu.
Sumber
- http://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/in-depth/calcium-supplements/art-20047097?pg=2
- http://www.arthritisresearchuk.org/arthritis-information/complementary-and-alternative-medicines/cam-report/complementary-medicines-for-rheumatoid-arthritis/rosehip.aspx#sthash.oE1ALCto.dpuf
- Winther K et al, Scandinavia Journal of Rheumatology 2005
- Winther K et al, Inflammopharmacology Vol. 7 1999