ramadhan5

Spirulina, Teman Ramadan yang Sempurna

Spirulina, Teman Ramadan yang Sempurna

Muslim menyambut ketibaan bulan berpuasa sebagai waktu untuk pembaharuan rohaniah. Namun, kehidupan berlangsung seperti sedia kala. Jadi, bagaimana anda mampu untuk menjalani aktiviti harian tanpa kelihatan lemah-longlai disebabkan kekurangan tenaga?Jawapannya:

Fikirkanlah apa yang anda makan untuk hidangan awal subuh anda sebelum waktu berpuasa bermula. Suatu hidangan yang kaya dengan nutrien memberikan anda suatu permulaan yang segar namun demi menjamin kecergasan sepanjang hari, anda memerlukan Elken Spirulina.

Penjana kuasa nutrien ini merupakan sejenis makanan yang mempunyai GI (Indeks Glikaemik) yang rendah yang mengandungi 4 jenis pigmen semula jadi dan 5 kumpulan nutrien yang utama dengan semua nutrien penting yang akan melepaskan tenaga ke badan secara perlahan-lahan sepanjang hari. Jadi, daripada hanya memberikan anda tenaga permulaan, anda memperoleh bekalan tenaga yang stabil untuk mengekalkan kepekaan anda di samping bersemangat sepanjang hari.

Elken Spirulina juga sejenis makanan bersifat alkali yang dapat melaraskan pH badan anda untuk kembali kepada paras alkali yang sihat. Ini adalah amat penting kerana kita cenderung untuk terlebih makan makanan bersifat asid (contohnya daging, makanan laut, nasi dan makanan goreng) sewaktu berbuka. Disebabkan ia mudah dihadam dan diasimilasikan, ia sememangnya makanan ideal untuk waktu sahur dan iftar – untuk kanak-kanak sekolah, warga tua, pekerja pejabat mahupun buruh.

Puasa selama sebulan penuh menuntut disiplin dan kemahuan. Banyak orang mendapati bahawa mengambil Elken Spirulina menjadikannya lebih mudah untuk memenuhi komitmen rohani mereka kerana ia membuat mereka merasa kenyang dan bertenaga sepanjang hari. Ini kerana spirulina adalah penjana tenaga pemakanan yang mengandungi lebih dari 60 nutrien (protein, vitamin, dan mineral) kepekatan tinggi serta asid lemak dan antioksidan penting.

Spirulina Merupakan Teman Sempurna Anda Ramadan ini

10 SEBAB MENGAPA

Kenyang Menyebabkan anda berasa kenyang kerana ia merupakan sejenis makanan yang rendah kandungan GI (Indeks Glisemik)
Sihat Membekalkan nutrien-nutrien penting untuk mengekalkan kesihatan optimum
Tiada masalah perut Membantu untuk mengelakkan masalah penghadaman seperti gastritis dan ketidakselesaan perut yang diakibatkan oleh hidangan berat sebelum berpuasa atau berpuasa untuk jangka yang panjang
Alkaline 100% alkali untuk membantu menyeimbangkan pengambilan makanan berasid, khususnya semasa waktu berbuka puasa
Mengelakkan Kelaparan Membantu untuk mengelakkan makan terlampau
Kekuatan fizikal Bekalan tenaga yang stabil untuk menangani aktiviti harian dan mengurangkan keletihan
Kekuatan mental Membantu anda kekal peka dan fokus
Keimunan Meningkatkan keimunan dan menjauhi batuk dan selesema
Mudah dihadam Amat sesuai untuk orang dewasa, kanak-kanak dan warga emas
Senang Tidak perlu bangun awal pagi untuk memasak dan tidak perlu bimbang tiada selera makan pada awal pagi
Share this article

Comments are closed.